Nasi Ayam Hainanese

hainanese chicken rice

Resepi -

Bahan Ayam:

Ayam 500gram

Bawang putih 3 ulas

Halia 1 inci

Kiub ayam 1 

Garam 1 sudu kecil 


Bahan Nasi:

Beras 3 cawan

Halia setengah inci

Bawang putih 3 ulas

Margerine 1 sudu besar

Kiub Ayam 1

Daun Pandan 2 helai 


Bahan Sambal:

Lada merah 10 batang

Bawang putih 3 ulas

Bawang besar 1 biji

Halia setengah inci

Minyak bijan 1 sudu besar

Gula 1 sudu kecil

Cili sos 2 sudu besar

Cuka 1 sudu besar


Bahan Kicap:

Oyster sos 1 sudu besar

Cili sos 1 sudu besar

Tomato sos 1 sudu besar

Kicap manis 4 sudu besar

Air rebusan ayam 1 senduk


Bahan Sup:

Air rebusan ayam

Daun sup setangkai

Lobak merah setengah batang

Sup bunjut 1

Garam 1 sudu kecil

Bahan tumis nasi 2 sudu besar


Bahan-bahan di atas boleh diubah ikut citarasa masing-masing.


Cara Memasak:

(Nasi)

Masuk kan air sebanyak 3 1/2 cawan bersama dengan 2 kiub ayam. Basuh beras tos kan hingga kering. Panas kan periuk dan cair kan marjerin. Masuk kan bawang putih dan halia. Apabila sudah wangi, masuk kan beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit. Kemudian alih kan beras tadi ke dalam periuk nasi. Curah kan air yang sudah mendididh ke dalam periuk nasi. Masuk kan daun pandandan biar kan ia tanak sehingga masak. Lerai kan dengan garfu setelah nasi masak.

(Ayam)

Mula-mula letak kan seekor ayam dalam periuk dan masuk kan air. Biar kan ayam tenggelam, masuk kan juga bawang putih dan halia. Kemudian masuk kan garam secukup rasa dan kiub pati ayam, rebus ayam sehingga masak lebih kurang setengah jam. Angkat ayam dan ketepi kan dahulu. Selepas itu, bakar kan ayam tersebut dalam ketuhar sekejap sahaja sehingga masak. Potong kan ayam tersebut semasa ingin makan dengan nasi. Letak kan sedikit kicap cair dan sebab boleh di guna kan untuk memasak sup.

(Sambal)

Kisar kan semua bahan. Masak kan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk di guna kan. Campur kan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.

(Sup)

Masak kan sup ayam di dalam periuk lain sehingga mendidih. Masuk kan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi. Perasa kan garam nya dengan segera. Akhir sekali masuk kan pula daun sup dan tutup kan api.


Hidangan: untuk 4 orang.

Comments